berita

Jungkook BTS Padam Akaun Instagram, Perjelas Sebab Utama Kepada Peminat

March 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Ahli kumpulan BTS iaitu Jungkook memaklumkan dia ingin berehat daripada menggunakan media sosial Instagram!

Artikel Berkaitan: BTS Jin Ahli Pertama Yang Akan Menjalani Khidmat Wajib Tentera Selama 2 Tahun

Padam Instagram

Baru baru ini, kecoh apabila peminat mendapati akaun Instagram peribadi Jungkook, yang mempunyai lebih 50 juta pengikut, dipadamkan secara tiba-tiba.

Memetik laporan Soompi, Jungkook tampil menjelaskan kepada peminat dengan mengakui dirinya yang memadam akaun terbabit.

Saya telah memadam akaun Instagram saya. Ia tidak digodam. Saya hanya memadam kerana tidak banyak menggunakan platform media sosial itu. Jadi jangan risau.

Tak terfikir nak aktif semula

Dalam catatannya yang lain, Jungkook menyatakan dia akan terus berkomunikasi dengan peminat menggunakan Weverse Live.

Saya segera memadamkan aplikasi Instagram dan tidak terfikir ingin menggunakannya mulai sekarang!

Saya cuma ingin memberitahu kepada peminat dengan lebih awal tentang hal ini.

Sekadar info, pertama kali Jungkook mengaktifkan akaun Instagram peribadi miliknya pada 6 Disember 2021 bersama enam ahli BTS yang lain iaitu J Hope, V, RM, Jimin, Jin dan Suga.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×