Ahli kumpulan popular BTS, Jungkook, mengejutkan peminat apabila kembali aktif di Instagram selepas dua tahun ‘menghilangkan diri’ dari platform media sosial tersebut.

Artikel Berkaitan: Jungkook & V BTS Saman Youtuber Terkenal, Tuntut Ganti Rugi Cecah RM295k

Artikel Berkaitan: Jungkook BTS Jadi Tukang Masak Di Kem Tentera

‘JK is back’

Pada 15 Julai 2025, Jungkook memperkenalkan akaun baharunya dengan nama pengguna @mnijungkook, yang membawa maksud “My Name Is Jungkook”. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh Jungkook dalam satu sesi siaran langsung bersama ahli BTS di platform peminat, Weverse.

Selain di Weverse, Jungkook turut membuat siaran langsung di Instagram bersama Taehyung (V), Namjoon (RM) dan Jimin, sekaligus menambah keterujaan dalam kalangan peminat.

Setakat artikel ini ditulis, akaun Instagram milik pelantun lagu Seven itu telah mengumpul lebih 6.4 juta pengikut, walaupun akaun tersebut dipercayai telah dicipta sejak Januari 2025. 

Namun, Jungkook hanya mengesahkan kewujudan akaun itu secara rasmi pada 15 Julai.

Terdahulu, pada Februari 2023, Jungkook memadam akaun Instagram lamanya yang ketika itu memiliki 50 juta pengikut dan menjelaskan bahawa ia adalah keputusan peribadi, bukan disebabkan oleh isu keselamatan atau penggodaman.

Saya padam Instagram sebab saya dah tak guna. Mungkin saya tak akan kembali lagi.

Jungkook yang kembali aktif di Instagram telah membuatkan para peminat di seluruh dunia gembira memandangkan mereka sudah lama merindui kehadirannya di platform media sosial tersebut.

Sementara itu, BTS dijangka akan membuat kemunculan semula secara berkumpulan pada musim bunga tahun 2026, selepas semua ahli selesai menjalani latihan ketenteraan masing-masing.

Video

Sumber: TikTok