Selepas persaingan yang sengit selama 3 minggu di Muzik-Muzik 35, 12 lagu berjaya untuk mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-35 yang dijangka bakal berlangsung Februari depan. Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), episod tiga SFMM35 bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Artikel berkaitan: Senarai 12 Lagu Bakal Berentap Di Anugerah Juara Lagu Ke-35. Sengit Sungguh!
Kembali berlangsung selepas ditunda akibat pandemik Covid-19, pengumuman itu dilakukan oleh pengacara SFMM35, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni. Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.
Tidak puas hati karya lain tidak layak
Tertanya ramai peminat muzik tanah air kecewa dengan senarai 12 lagu terbaik yang bakal ke AJL35 nanti. Ruangan komen perkongsian OHBULAN! di Facebook dibanjiri komen netizen yang merasakan ada lagu lain yang lebih layak ke final berbanding pilihan juri semalam.
Antara yang hangat diperkatakan ialah pemilihan 3 lagu Hael Husaini yang layak ke pentas final. Dakwa mereka, lagu hebat seperti Sembah nyanyian Naim Daniel wajar diangkat sebagai salah satu lagu ke final AJL. Tak kurang juga ada yang tidak berpuas hati 3 lagu penyanyi yang sedang meningkat naik, Yonnyboi tidak terpilih langsung!
Semua lagu dianggap karya terbaik
Ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35, Azmeer, berkata walaupun semua lagu yang bertanding di SFMM35 dianggap karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat. Menurut laporan yang dipetik dari Harian Metro, Azmeer menyatakan ada juga lagu yang dikategorikan sebagai lagu popular tetapi tidak memenuhi kriteria untuk layak ke pentas Anugerah Juara Lagu seperti lagu ’Sakit’ nyanyian Yonnyboii dan Zynakal.
Saya harap peminat boleh faham dari sudut teknikal. Contohnya, walaupun Aishah ada sedikit kekurangan ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu, tapi melodinya bagus. Ini pertandingan untuk lagu, bukan pertandingan nyanyian. Jangan hukum komposer kalau ada kesilapan daripada penyanyi.
Beliau turut berharap agar peminat boleh faham dari sudut teknikal pemilihan lagu-lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu. Menurut Azmeer, jika diberi kuasa, beliau mahukan 17 lagu bertanding di AJL35, tetapi haruslah faham hanya 12 lagu dibenarkan untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu.
Tiga lagu Hael Husaini mara
Ramai juga terkejut dan menjadi ‘buah mulut’ orang ramai apabila tiga lagu Hael Husaini layak ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35. Tiga lagu itu adalah Belenggu Rindu yang dicipta Hael bersama Ezra Kong dendangan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Single ini turut diangkat lagu terbaik pada episod akhir SFMM35. Turut mara ke pentas akhir, lagu Hati yang dicipta Hael bersama Ezra dan Peluang Kedua yang diciptanya bersama MFMF. Manakala pada episod pertama SFMM35, hati dipilih sebagai lagu terbaik.
Akim ucapkan tahniah
Apa pun, terima kasih kepada semua yang mengundi lagu AKU KAU DAN MUZIK, untuk bersaing di #sfmm35 . Terima kasih kepada produksi @tv3malaysia dan barisan juri pada malam ini untuk kerja keras mereka. Tahniah kepada semua finalis #AJL35 . GOOD LUCK!!!
— Akim (@AkimAhmad) December 15, 2020
Akim Ahmad dalam satu perkongsiannya di Twitter juga berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua finalis Anugerah Juara Lagu Ke-35. Akim juga turut berterima kasih kepada produksi TV3 dan barisan juri yang bekerja keras untuk menjayakan program itu serta menghargai semua yang mengundi karyanya untuk bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35.
Penyanyi Aishah mengalir air mata tiap kali mendengar lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Aishah di Instagram, beliau mengakui sebak setiap kali mendengar lagu Aku Bidadari Syurgamu. Katanya, air matanya kerap kali jatuh kerana beliau dapat merasai lagu itu dan ia merupakan faktor untuk menyampaikan lagu itu dengan sempurna.
Especially part ‘Seandainya aku yg pergi dulu…’I selalu say something similar to abang.Why I say that?Kerana seorang isteri yg pergi dulu dlm keredhaan,doa dan keampunan suaminya,sangat mudah jalannya ke syurga.Sudah tentu itulah yg kita cari sebagai seorang isteri.
Aishah turut menyatakan rasa gembira selepas persembahan lagu itu. Baginya, air mata yang jatuh tidak bererti lemah namun, mengingatkan kita hanya manusia yang ada hati dan perasaan.
Malam ini gugur lagi airmata I,gembira utk komposer dan penulis lirik ABS.Airmata ini juga mengenangkan samada adakah pisang akan berbuah dua kali.Berat…. Allah swt saja yg tau.Tapi I yakin,doa orang teraniaya tiada hijabnya.Hanya Dia yg tahu segalanya.
Aina Abdul bersyukur mara ke pentas AJL35
Aina Abdul yang membawa karya lagunya ‘Semalam’ turut berjaya menempah tiket untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35. Dalam satu perkongsiannya di Instagram, Aina menyatakan perasaan gembira dan terharu kepada semua yang memberi sokongan kepadanya untuk terus bersaing bersama penyanyi-penyanyi yang lain.
Alhamdulillah Semalam mara ke final Ajl35…Rezeki dan peluang ini Aina hadiahkan kepada semua yang membantu Aina ke saat ini..Doa maa dan semua family members yang kuat untuk Aina..miss you and love you!!! fans yang mengundi lagu Semalam. my dear Ainations..walaupun kita berjauhan, but I can feel your heart and soul close to me..
Aina juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang tak henti mengundi dan memberi peluang kepadanya untuk berjuang bersama 11 lagi lagu yang hebat di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35.
Kredit: Aishahjmm, Akim Ahmad, Aina Abdul, Harian Metro.