berita

K-Pop : BTOB Serang Sundown Festival 2012 Di Singapura

November 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 1 Disember ini bakal berlangsungnya ‘Sundown Festival 2012’ bertempat di Bangunan Pit F1, Marina Promenade, Singapura.

Festival ini bakal memperkenalkan pendatang baru dalam industri hiburan di beberapa buah negara Asia seperti China, Hong Kong, Korea, Taiwan dan Jepun.

Secara umumnya, ‘Sundown Festival 2012’ ini merupakan sebuah festival yang eksklusif dan ia telah diuruskan oleh Red Spade Entertainment, dan disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Festival ini turut merupakan acara tahunan bagi meraikan muzik dan budaya di Asia dan ia bukan sekadar mengetengahkan hiburan malah turut menyatukan kepelbagaian budaya.

Bagi memeriahkan lagi festival ini, pihak penganjur telah menjemput kumpulan K-Pop ‘Born to Beat’ atau lebih dikenali sebagai BTOB yang terkenal menerusi lagu ‘Irresistible Lips’ dan ‘Insane’ untuk turut hadir ke festival tersebut.

Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung pembelian tiket, anda boleh layari www.sistic.com.sg. Sebarang semakan boleh dibuat di www.sundownfestival.sg atau hubungi [email protected].

SKIP THIS AD ×