Sebelum ini, nama pelakon Fazura menjadi topik hangat di media sosial apabila peminat mendakwa jam tangan dari jenama Patek Philippe yang digayakan itu dianggarkan bernilai RM4 juta.
Artikel Berkaitan: Bodyguard & Jam Tangan Fazura Jadi Bualan, Peminat Dakwa Jenama Patek Philippe Cecah 4 Juta?
Gambar OOTD
Terbaru, perkongsian aktres berumur 38 tahun ini di Instagram (IG) mencuri tumpuan warganet.
Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin memuat naik foto outfit of the day (OOTD) dengan memakai jaket hitam, berseluar jeans serta bertopi putih.
Usahawan terkenal ini turut menulis kapsyen; ‘Nothing to see here’ dengan tanda pagar meluahkan rasa syukur.
Kaburkan jenama beg
Namun, apa yang menuai perhatian pengikut apabila isteri kepada aktor Fattah Amin bertindak mengaburkan jenama beg tangan yang dipakai.
Biarpun tidak jelas, namun wargamaya mendakwa beg itu berjenama Hermes dan nilainya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji sikap rendah diri ibu kepada Nur Fatima Aisya yang tidak gemar menayang kemewahan kepada umum.
Selain itu, ada juga pengguna media sosial yang beranggapan Fazura bertindak sedemikian kerana tidak mahu sekali lagi heboh di media sosial seperti sebelum ini di TikTok.
Terdahulu, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020.
Sumber: Instagram @missfazura