

Ibu kepada usahawan dan selebriti popular Noor Neelofa, iaitu Noor Kartini Noor Mohammed, baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas memuat naik satu hantaran yang menyentuh isu rumah tangga menerusi Instagram Story miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Semua Menangis’- Ibu Neelofa Disahkan Hidap Kanser Payudara, Ambil Keputusan Berehat Dari Perniagaan
Artikel Berkaitan: ‘Mama Doakan Love Jadi Pendakwah Tersohor Di Seluruh Pelusuk Dunia’ – Kartini Titip Ucapan Sempena Hari Jadi Neelofa
‘Syaitan yang berupa manusia cuba ganggu’

Perkongsian tersebut yang bertajuk ‘Penyebab Suami Tawar Hati’, menyentuh tentang bahaya apabila salah seorang pasangan iaitu suami atau isteri mula berasa bosan dan menyesal berkongsi hidup bersama.
Menurut hantaran itu, itu antara ‘racun paling berbisa’ dalam perkahwinan dan boleh menjadi titik mula kehancuran sesebuah rumah tangga.
Lebih menarik perhatian, hantaran tersebut turut memberi peringatan agar tidak memberi ruang kepada syaitan untuk menyuntik rasa tidak puas hati, kecewa atau kebencian dalam hubungan suami isteri.
Kartini turut menambah pandangannya sendiri selepas memuat naik semula hantaran itu. Dia menyatakan bahawa pihak ketiga juga boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga.
Kadang syaitan yang berupa manusia cuba ganggu kebahagiaan orang,
Walaupun tidak dinyatakan secara khusus kepada siapa mesej itu ditujukan dan maksud sebenar di sebalik hantaran tersebut.
Namun begitu, ianya dilihat sebagai satu nasihat umum mengenai pentingnya menjaga keutuhan rumah tangga dan sentiasa berwaspada terhadap godaan atau campur tangan luar yang boleh meruntuhkan keharmonian keluarga.
Sumber: Instagram Noor Kartini






![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
