Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tampil memberikan pandangannya mengenai perkahwinan pada usia muda.

Artikel Berkaitan: Hazwani Helmi Titip Kata Semangat Buat Individu Kesal Pernah Berzina – ‘Allah Tak Tengok Permulaan Kita ..’

Artikel Berkaitan: Hazwani Helmi Kongsi Tips Istiqamah Solat, Sentiasa Jaga Wuduk

Kahwin awal

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas menerima kata-kata daripada seorang lelaki yang mengguris hatinya.

Menurut individu terbabit, dia berasa sedih apabila mengenangkan usianya yang semakin meningkat namun masih belum dipertemukan dengan jodoh.

Ada lelaki cakap dekat aku ‘lelaki tua takpe jangan perempuan tua.’

Aku umur 29 tak kahwin lagi, tahun depan dah 30. Aku masuk shower nangis. Tak pernah lagi aku sedih macam ni sebab kata-kata seorang lelaki.

Ciapan tersebut turut meraih perhatian Hazwani, 29, yang tampil berkongsi pandangannya bahawa usia bukanlah penentu nilai atau kebahagiaan seseorang wanita.

Selain itu, Hazwani berpendapat bahawa pasangan yang baik tidak akan memandang usia semata sebaliknya lebih mengutamakan akhlak, hati dan nilai diri seseorang.

Saya 29 dan masih bujang. Umur bukan penentu nilai seorang wanita, dan berkahwin awal juga bukan ukuran bahagia.

Saya selalu dengar kawan yg dah berkahwin cakap “nikmati hidup bujang selagi ada. Bila dah kahwin nanti, banyak benda kita kena korbankan macam masa utk diri sendiri, keputusan yg kita dah tak boleh buat sesuka hati.

Orang yang tepat tidak akan tengok umur sebagai kelemahan, tetapi akan melihat akhlak dan hati. Yakinlah Allah atur yang terbaik.

Sumber: Threads @hazwanihelmi