berita

Kajian Dapati Individu Minum Air Manis Berlebihan Berisiko Tinggi Hidap Kanser

July 11th, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Tahukah korang, minum minuman yang manis mampu membentuk sel kanser? Menerusi satu kajian yang berskala besar di Cancer Research United Kingdom, hampir 100 ribu orang dewasa pada hari ini terdedah dengan risiko kanser gara-gara minum air yang manis.

Hanya boleh ambil 25 gram gula sahaja

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, seorang individu hanya boleh mengambil 25 gram gula dalam tempoh sehari bagi memastikan diri mereka berada dalam keadaan yang sihat. Bagi mengelakkan individu mengambil gula secara berlebihan, pelbagai negara telah melaksanakan cukai gula bagi tujuan meningkatkan kesedaran mengenai taraf kesihatan rakyat mereka. Antara negara yang memperkenalkan cukai tersebut ialah Britain, Belgium, Perancis, Hungary dan Mexico.

Minuman keras mampu meningkatkan risiko kanser

Menerusi Jurnal Perubatan British BMJ, satu kajian mengenai analisis data telah dijalankan terhadap golongan dewasa di Perancis. Sebanyak 21 peratus daripada mereka ialah lelaki, manakala 79 peratus lagi ialah golongan wanita. Kajian tersebut fokus mengenai pengambilan minuman keras dan minuman yang mereka minum setiap hari. Selama sembilan tahun tempoh diambil oleh penyelidik bagi menilai risiko mereka terhadap semua jenis kanser termasuk kanser payu dara, kolon dan prostat.

Penyelidik juga menyelaraskan beberapa faktor risiko kanser yang membingungkan, termasuk umur, jantina, tahap pendidikan, sejarah keluarga, tahap merokok dan tahap fizikal. Hasilnya menunjukkan bahawa kenaikan 100ml sehari dalam penggunaan minuman beralkohol dikaitkan dengan peningkatan risiko 18 peratus daripada keseluruhan kanser dan 22 peratus peningkatan risiko kanser payudara. Minuman manis turut dibahagikan kepada mereka yang meminum jus buah-buahan dan mereka yang minum minuman manis selain jus misalnya air berkarbonat. Kedua-dua kumpulan itu turut dikaitkan dengan risiko kanser yang paling tinggi.

Kajian yang baik dan mantap

Namun begitu, pakar dalam pemakanan kesihatan awam di Universiti Teesside Britain, Ms Amelia berkata, kajian tersebut merupakan langkah yang baik dan mantap yang pernah dilakukan bagi memastikan faktor lain penyakit kanser.

Walaupun kajian ini tidak memberikan gambaran secara menyeluruh tentang kandungan gula dan penyakit kanser, namun, langkah segera terhadap mengurangkan pengambilan gula sangatlah penting.

Sumber: The Straits Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×