berita

Kak Ton Terkilan Harris Anuar Teruk Dikecam Netizen Selepas Positif Covid-19

January 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Harris Anuar terpaksa menjalani fasa kuarantin di rumah setelah didapati positif Covid-19 setelah pulang bercuti dari Pulau Langkawi. Namun bagaimanapun, pihak pengurusan Harris sendiri telah mengeluarkan kenyataan dan menafikan pelakon itu langgar SOP sepanjang bercuti di sana.

Artikel berkaitan: Pihak Pengurusan Nafi Harris Anuar Langgar SOP Ketika Bercuti Di Langkawi

Terbaru, anak kepada pengusaha kosmetik terkenal ini berkongsikan video perbualan bersama Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton di laman Instagram undang sebak.

‘Mummy tahu anak mummy kuat lagu mana’

Video berdurasi 2:47 minit itu diselubungi suasana sedih menyaksikan perbualan Harris bersama ibunya. Anak lelaki kepada Kak Ton ini meluahkan rasa rindu untuk bersama keluarga. Bagaimanapun, Kak Ton menyifatkan jangkitan wabak ini sebagai ujian yang diberikan dan percaya mereka sekeluarga mampu untuk tempuhi segalanya.

Mummy tahu anak mummy lagu mana. Mummy sedih juga la dan Dia tahu Mummy dengan Aboy kuat. Kita boleh lalui semua walaupun kita tak ada masalah tetapi Allah bagi ujian kepada insan yang terpilih. Inshaallah lepas ni semua akan jadi yang baik-baik belaka. Kita doa dan redha, apa-apapun Mummy tahu anak Mummy ni kuat.

Aboy sembahyang tak tinggal, Aboy doa.. Tak apa, Aboy redha je.

‘Mummy teriak sampai mata bengkak’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Video ini semakin sebak apabila menyaksikan Kak Ton mengalirkan air mata kerana terkenang kritikan dan kecaman yang telah diterima anak lelakinya itu.

Dua hari Mummy teriak sampai mata bengkak-bengkak lepas tu Mummy kasihan dekat Aboy sebab orang kutuk macam-macam. Mummy baca dalam video tu, rasa macam tak boleh tengok. Kenapa orang kutuk anak Mummy? Tapi manusia ni ada sifat bila orang jatuh lagi dia hentam.

Kita dok dalam bidang ni, bidang famous.. Time orang suka orang puji kita. Time macam ni masa kita jatuh, dia buat ikut suka dia. Biarkan mereka nak kata apa. Tak payah nak pedulikan apa, ikut dia.

Sumber: Harris Anuar

SKIP THIS AD ×