berita

Pihak Pengurusan Nafi Harris Anuar Langgar SOP Ketika Bercuti Di Langkawi

January 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Selepas mengesahkan dirinya positif Covid-19 pada Isnin lalu, Instafamous Harris Anuar menerima pelbagai kecaman dari netizen. Lebih-lebih lagi dia disahkan positif Covid-19 setelah pulang dari bercuti di Langkawi.

Artikel berkaitan: ‘Maaf…’ – Instafamous Harris Anuar Positif Covid-19, Minta Kontak Rapat Buat Saringan

Terbaharu, pihak pengurusan pelakon dan Instafamous ini iaitu Absolut Management menjawab beberapa isu yang dibangkitkan netizen dan menjelaskan situasi sebenar dihadapi Harris Anuar ketika bercuti di sana.

Kenyataan dari pihak pengurusan

Absolut Management tampil menjelaskan beberapa spekulasi yang hangat diperkatakan oleh netizen terhadap Harris Anuar. Pihak pengurusan ini terpaksa tampil dan menjelaskan situasi sebenar untuk menggelakan berita tidak benar tersebar luas.

Dimaklumkan bahawa Harris Anuar ke Langkawi pada 26hb Disember 2020 dengan menaiki Langkawi RORO Ferry dan menaiki pada jam 12.30 tengah hari dan Harris Anuar pulang ke Kuala Lumpur pada 2hb Januari 2021 dengan menaiki Air Asia AK6303 pada jam 12.50 tengah hari.

Seterusnya, maklumat keberadaan Harris Anuar dari 26hb Disember hingga 2hb Januari 2021 adalah 26hb hingga 27hb di Chupan Avilage, 27hb hingga 29hb di Ab Motel dan 29hb hingga 2hb di Camar Resort.

Spekulasi berpesta tidak benar

Tambahan pula, pihak pengurusan turut menyangkal tuduhan dan dakwaan Harris Anuar berpesta di Dash Hotel adalah tidak benar sama sekali. Malah, dia juga tidak pernah pergi ke Restoran Cili Kampung sepertimana diperkatakan netizen.

Selain itu, sepanjang keberadaannya di Pulau Langkawi, Harris Anuar mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka sepanjang masa dan mengimbas QR kod MySejahtera setiap kali ke tempat-tempat yang dilawatinya.

Pihak pengurusan juga mengesahkan bahawa Harris Anuar tidak pergi ke mana-mana pesta atau tempat yang sesak. Pihak pengurusan ingin memohon maaf agar memberikan ruang kepada Harris Anuar untuk berehat dan berdoa agar Harris akan kembali pulih seperti biasa.

Sementara itu, pihak Absolut Management menasihati agar individu yang berada di tempat-tempat yang dinyatakan untuk segera membuat ujian saringan Covid-19 dengan segera.

Sumber: Harris Anuar

SKIP THIS AD ×