Penyanyi, Kaka Azraff berkongsi pengalaman berbuka puasa di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bersama anak-anaknya, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Dapat Sentuhan SonaOne & Yonnyboii, Album Sulung Kaka Azraff ‘MPT’ Bakal Temui Peminat Januari Ini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kaka Azraff & Bekas Suami Mesra Di Sebuah Acara, Beri Bayangan Cinta Kembali Bertaut? – ‘I Love You A Trillion’

Masjid TTDI seronok

Menerusi hantaran di Threads, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, mengakui pengalaman berbuka di masjid berkenaan begitu seronok meskipun suasana ketika itu agak sesak dengan jemaah.

Saya berbuka puasa di Masjid TTDI dengan anak-anak. Tempatnya penuh tetapi makanan masih ada, siap dapat lebih.

Pada saya sangat seronok di Masjid TTDI, masjid sejuk, bahagian kanak-kanak ada orang yang tolong jaga.

Bagaimanapun, Kaka memaklumkan dia tidak berkesempatan menunaikan solat sunat terawih pada malam tersebut susulan insiden kecil membabitkan anaknya.

Tapi saya tak sempat nak terawih, anak saya menangis pula sebab kepalanya terhantuk dengan abang dia.

Dalam pada itu, Kaka turut menegaskan setiap individu mungkin mempunyai pengalaman berbeza ketika berada di masjid sama dan menyeru orang ramai agar sentiasa bersangka baik.

Lain orang mungkin lain pengalaman mereka di Masjid TTDI. Kita lah yang perlu bersangka baik, itu lebih baik.

Terdahulu, Masjid TTDI menjadi bualan hangat di media sosial apabila terdapat dakwaan mengatakan suasana di masjid berkenaan kurang mesra terhadap jemaah luar.

Dakwaan itu timbul susulan segelintir pihak mendakwa wujud sikap tidak mengalu-alukan kehadiran orang luar serta semangat asabiyah dalam kalangan masyarakat setempat lantas mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sumber: Threads