![[VIDEO] Pengawal Keselamatan Seronok Isteri & Anak-Anak Buat Kejutan Iftar Bersama Di Sekolah – ‘Terima Kasih Sayang’](https://media.ohbulan.com/2025/03/SecurityIftarBersamaKeluarga.jpg)

Momen yang paling bermakna sepanjang bulan Ramadan sudah tentunya apabila dapat menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga tercinta.
Artikel Berkaitan: ‘Leha’ Angkat Kisah Pengawal Keselamatan Jadi Hero Banteras Kes Jenayah
Berbuka puasa bersama keluarga
@anakjatanmak #terimakasihsyg??? ? original sound – alsmietravelfoto
Itulah momen yang dirakam seorang lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah terletak di Padang Besar, Perlis.
Menerusi TikTok, lelaki berkenaan berkongsi video memaparkan dirinya yang masih beruniform sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama isteri dan tiga anaknya.
Dapat dilihat empat beranak itu begitu menikmati juadah meskipun hanyak berbuka puasa dalam keadaan yang sederhana.
Di ruangan kapsyen, lelaki tersebut turut menitipkan ucapan terima kasih buat isteri tercintanya kerana melakukan kejutan untuk berbuka puasa bersama.
Terima kasih sayang.
Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih lebih 470,000 tontonan dan lebih 40,000 tanda suka.
Komen netizen



Sumber: TikTok








