Shiha Zikir

Penyanyi, Ieda Zikir berkongsi sifat dan perangai adiknya yang juga penyanyi, Shiha Zikir yang tidak diketahui ramai sewaktu di usia kecil.

Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Sanggup ‘Labur’ Ratusan Ribu Ringgit, Dedah Video Muzik ‘Tum Tum Raya’ Paling Termahal Pernah Buat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Kejutan! Shiha & Ieda Zikir Juara FD4, Bawa Pulang RM100,000 – ‘Saya Tak Pernah Menang Sebarang Pertandingan Sebelum Ini’

Kasar, panjat pokok

Shiha Zikir

Ieda memberitahu, perwatakan Shiha sangat berbeza berbanding sekarang kerana ketika kecil adiknya itu sangat lasak dan lebih suka bermain permainan lelaki.

Ramai tak tahu yang Shiha dulu masa kecil dia ‘tomboy’, dulu dia sangat kasar.

Kalau macam saya beli patung barbie sebab suka barbie, tapi dia tak. Dia cari kasut ‘roller blade’.

Kalau kita ni perempuan nak main benda itu menggeletar kepala lutut.

Ieda berkongsi perkara itu menerusi podcast Hot Squad Akustika Raya Hot FM yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Aisha.

Selain tidak suka main permainan perempuan, Ieda turut mendedahkan Shiha sering memanjat pokok manggis dan menikmati buah manggis di atas pohon.

Ada kejadian tengok-tengok dia dah dekat sangkut (panjat) atas pokok manggis, tengok tengah makan buah manggis. Dia suka panjat pokok.

Dengan gaya rambut dia yang depan lurus belakang kerinting, lucu betul bila ingat semula.

Sumber: TikTok