
Seorang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan tidak bernyawa selepas dipercayai terperangkap dalam sebuah stor berkunci di fasiliti sukan universiti itu, awal pagi Selasa.
Artikel Berkaitan: Karam Singh Walia Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Vidi Aldiano Meninggal Dunia Akibat Kanser
Terperangkap dalam stor

Mangsa yang berusia 53 tahun itu ditemui di dalam stor penyimpanan peralatan pembersihan yang terletak di UPSI Sport Bowl.
Menurut Sabarodzi Nor Ahmad selaku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya dimaklumkan oleh polis mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 1.57 pagi dan diminta membantu membuka stor tersebut.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim digerakkan ke lokasi kira-kira 9 kilometer dan tiba pada jam 2.07 pagi.
Setibanya di lokasi, pintu stor telah pun dibuka oleh polis bantuan UPSI. Anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemantauan di lokasi.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.
Operasi tersebut melibatkan sembilan anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).
Sumber: Berita Harian




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
