berita

Kalah Battle Hanya Kerana Bertanding Secara Virtual, Aina Abdul Mohon Netizen Tak Salahkan Juri

December 4th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Vokal Mania minggu ke-5 telah menyaksikan 2 idol kalah mengejut di tangan rookie. Antara yang mendapat perhatian ialah kekalahan Aina Abdul di mana ada netizen menyifatkan Yusri Abdul Halim selaku juri tidak berlaku adil ketika memilih pemenang. Perkara ini berlaku apabila Aina Abdul tidak dapat membuat persembahan secara live di atas pentas dan hanya diadili melalui virtual.

Dalam tempoh kuarantin

Seperti semua sedia maklum bahawa Aina Abdul sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah dan itu antara sebab dia tidak dapat bersama membuat persembahan di atas pentas. Sehubungan itu, Aina telah tampil secara virtual di minggu ke-5 Vokal Mania dan tidak dapat dinafikan dia tetap memberi persembahan yang memukau.

Membawa lagu Balqis ketika persembahan solo dan Baldu Biru ketika pusingan battle, Aina Abdul telah kalah menentang rookie, Zareef Sein. Sesetengah netizen menyifatkan Yusri Abdul Halim tidak telus dalam melakukan penjurian ini kerana, Aina Abdul tetap memberikan persembahan yang lebih baik dari Zareef walaupun hanya secara virtual. Ada yang mengatakan Zareef tidak mampu membawa lagu itu sebaik Aina dan dia juga ‘out of tune’ ketika persembahan.

Walaubagaimanapun, ketika ditemubual Xtra, Aina tampil memohon untuk tidak menyalahkan Yusri kerana dia merupakan juri professional dan berpengalaman. Aina akui persaingan pada malam itu sengit dan mengambil kekalahan itu sebagai satu perkara positif.

Rookie baru cabar idol

Menampilkan beberapa selebriti muda tanah air sebagai rookie, minggu ke-6 Vokal Mania juga bakal melihat pemenang tempat ketiga Golden Memories Asia anjuran televisyen Indosiar pada tahun lepas, Eranzz Lambert sebagai rookie baharu. Sudah mempunyai pengalaman bertanding, Eranzz akui itu sebagai satu kelebihan buatnya.

Eranzz bakal bertanding di minggu ke-6 bersama rookie lain seperti Daus Husny, Erin dan Zetty Rashid. Selain itu, Eranzz juga telah tampil membuat cover lagu Hajat di laman Youtube rasmi TV3 Malaysia bersama rakan rookies yang lain iaitu Razak A’ai, Afieq Shazwan dan Aedy Kama.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan Vokal Mania, jangan lupa siaran langsung setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di Tv3, Youtube TV3 Malaysia dan Tonton!

SKIP THIS AD ×