berita

Kalahkan Justin Bieber, Blackpink Jadi Artis Nombor 1 Paling Banyak Pengikut Di YouTube

September 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kumpulan sensasi k-pop terkenal, Blackpink kini menjadi artis nombor satu dunia di YouTube apabila mempunyai pengikut terbanyak. Blackpink dianggotai empat orang ahli iaitu Kim Ji-soo, Jennie Kim, Roseanne Park dan Lalisa Manoban.

Justin Bieber kalah

Memetik laporan Soompi, saluran Youtube itu sudah mempunyai pengikut sekitar 65.4 juta sekaligus telah mengalahkan penyanyi Justin Bieber.

Menurut YG Entertainment, anggota Blackpink mengakui agak sukar untuk percaya dengan kejayaan yang diperoleh. Bagaimanapun, mereka percaya ia adalah hasil sokongan yang tidak pernah putus daripada Blink (nama fandom Blackpink).

Ini sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Pencapaian luar biasa ini menjadi kenyataan dengan sokongan Blink.

Kami akan terus memainkan peranan sebagai artis yang sentiasa berkongsikan tenaga positif menerusi penulisan lagu dan muzik video kami.

Album solo Lisa antara penyumbang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BL??KPI?K (@blackpinkofficial)

Dalam pada itu, YG Entertainment berkata Blackpink telah mencipta jutaan pengikut selepas setiap kali melancarkan lagu-lagu baharu. Katanya lagi, satu lagi penyumbang kepada pertambahan pengikut adalah pelancaran album solo debut, Lisa.

Akaun Youtube Blackpink mula dibuka pada 28 Jun 2016 dan rekod terbaru terhasil selepas lima tahun tiga bulan.

Sebelum ini, saluran Blackpink adalah saluran artis kedua yang paling banyak diikuti pada bulan September 2020, dan kini telah melampaui saluran YouTube Justin Bieber yang memiliki 65.1 juta pelanggan.

 

Sumber: Soompi, Instagram @blackpinkofficial

SKIP THIS AD ×