![[VIDEO] Siti Nurhaliza Menari Lagu Jennie Blackpink, Raih Perhatian Netizen – ’Bagusnya Tokti, Memilih Versi Lebih Sopan’](https://media.ohbulan.com/2025/05/ctdk-8.jpg)

Hantaran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih perhatian dengan bakat tariannya yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Artikel Berkaitan: Peminat Terpesona Dengan Wajah Siti Nurhaliza Tanpa Solekan – ‘Terima Kasih Tegur Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Siti Nurhaliza Is The Best Singer In The World, Dia Genius & Dahsyat’ – Roslan Aziz
Siti ikut trend
@toktitiktok Nak ikut trend anak muda jap ?? #LikeJennie @JUXT Studio ? like JENNIE – JENNIE
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, , Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin dilihat melakukan tarian ‘Like Jennie’ nyanyian asal daripada salah seorang ahli kumpulan terkenal Korea Selatan Blackpink, iaitu Jennie.
Nak ikut trend anak muda jap.
Video yang berdurasi selama 23 saat itu meraih perhatian dengan gaya tarian pelantun lagu ‘Cindai’ itu yang dikatakan sopan.
Jennie versi sopan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti yang menjayakan ‘Like Jennie trend’ dengan gaya tersendiri. Selain itu, warganet turut memuji Siti yang memilih untuk menari secara sopan dan tidak menjolok mata.
Sumber: TikTok @SitiNurhaliza








