
Seorang peguam syarie tampil memberikan respon berhubung isu mutaah yang hangat diperkatakan sejak kelmarin di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terpaksa Tarik Mutaah, Rumah & Kereta’ – Chazynash Dakwa Terganggu Dengan Fitnah, Beri Amaran Pada Bekas Isteri & Individu Terlibat
Artikel Berkaitan: ‘Chazynash Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa & Saya Bersyukur’- Fatin Morat Perjelas Isu Nafkah, Mohon Henti Spekulasi
Penjelasan peguam

Menerusi perkongsian di Threads, peguam syarie yang dikenali sebagai Atikah itu memaklumkan bahawa jika mutaah yang diberikan bekas suami kepada bekas isteri berada di bawah perintah mahkamah, ia tidak boleh sewenang-wenangnya ditarik balik.
Kalau boleh tarik balik (mutaah) ini biasanya tiada apa-apa perintah mahkamah.
Kalau ada perintah mahkamah tak boleh tarik balik ikut suka.
Justeru, itu Atikah menekankan tentang pentingnya perjanjian yang berlandaskan undang-undang syariah menerusi mahkamah supaya tidak timbul sebarang masalah kelak.
Sebab tu saya selalu ingatkan klien kalau tengah berbaik dan boleh berbincang dengan bekas pasangan masing-masing, lebih baik buat perjanjian persetujuan bersama segera dan jadikan perjanjian tu sebagai perintah mahkamah.
Bukan setakat perjanjian mulut atau bertulis sebab itu tak mengikat mahkamah jika salah satu pihak melanggar persetujuan tersebut.
Tambah Atikah lagi, bagi kes seperti ini bekas isteri juga dibolehkan untuk menuntut harta sepencarian.
Terdahulu, personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash tidak dapat menahan sabar apabila didakwa terganggu dengan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya berhubung punca perceraian perkahwinan terdahulu.
Susulan itu, Chazynash mengambil keputusan untuk menarik semula kemudahan yang disediakan serta pemberian mutaah terhadap bekas isterinya, Fatin Morat.
Sumber: Threads Peguam Syarie Atikah








