Pelakon drama Bukan Gadis Biasa, Chacha Maembong sebelum ini menafikan dakwaan beliau dikaitkan dengan sindiket Macau Scam. Sindiket tersebut didakwa menggunakan populariti artis tempatan untuk menjalankan kegiatan ‘cuci duit haram’.
Artikel berkaitan: Hasil Titik Peluh Sendiri, Chacha Maembong Nafi Dakwaan Terlibat ‘Gang Macau’
Terbaru, pelakon ini sekali lagi dikaitkan dengan dakwaan terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan sehingga mendapat bayaran puluhan ribu ringgit.
‘Buat apa nak berlakon lagi?’
Memetik laporan Harian Metro, Chacha menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah yang mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaannya.
Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?
Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000.
Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang.
Tambah Chacha lagi, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya terlibat dalam kegiatan Macau Scam.
Nafi terlibat Macau scam
Dia juga sudah memberi penjelasan lanjut mengenai tuduhan tersebut demi menjaga reputasi produknya. Ujarnya, tuduhan dan komen melampau telah menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarganya yang lain.
Sumber: Harian Metro