berita

Kalau Boleh Nak Tutup Cerita Peribadi, Tapi Apakan Daya… – Aishah

February 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi, Datuk Aishah sudah bercerai dengan bekas suaminya, pada 25 Disember tahun lalu. Pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini kembali bergelar janda selepas diceraikan talak satu menerusi kiriman yang dihantar di WhatsApp.

Artikel berkaitan: Aishah Sah Cerai Talak Satu Menerusi WhatsApp – ‘Saya Bukan Robot, Menangis Baca Mesej’

Artikel Berkaitan: Aishah & Suami Sudah Tiga Bulan Tinggal Berasingan – ‘Tiada Siapa Berkahwin Untuk Bercerai’

Di Instagram, Aishah memberitahu dia seboleh-bolehnya hendak menutup cerita peribadi ini tanpa menceritakan kepada sesiapa. Namun, kerjayanya sebagai anak seni menyebabkan dia terpaksa berterus terang bagi mengelakkan sebarang fitnah selepas ini.

Setiap gerak geri dipertikai

Menurut Aishah, hidup sebagai orang yang dikenali bukanlah senang. Setiap gerak geri dan tutur katanya akan dipertikai dan dibicarakan. Paling mencabar apabila perkara-perkara peribadi juga ditanya.

Kita yang berdepan dengan pihak media akan macam mana pun akan diajukan soalan-soalan begitu. Ini bukan kes saja-saja nak cari publisiti murahan. Dalam wawancara I sebolehnya ingin tutup cerita peribadi ini. Tapi ada juga matlumat yang perlu diberitahu untuk mengelakkan fitnah.

Aishah turut memberi pesanan kepada mana-mana individu yang suka menyibuk hal peribadinya agar jangan menyampaikan berita yang tidak sahih dan mengeruhkan lagi keadaan. Terdahulu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengaku menitiskan air mata tatkala membaca mesej yang dihantar oleh bekas suami di Whatsapp. Sebagai manusia biasa, Aishah akur dengan ketentuan takdir. Tambahnya, hidup perlu diteruskan.

Sumber: Aishah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×