Di Instagram, penyanyi, Datuk Jamal Abdillah memberi komen isu Rang Undang-Undang (RUU) larangan merokok terhadap golongan belia.
Artikel berkaitan: Alif Satar Dedah Pesakit Covid-19 Terima Rawatan Berbeza Sekiranya Merokok
Kamu berani
Hello, Assalamualaikum YB KJ. Ingat senang ke kita nak buat RUU Tembakau? Dah beribu tahun orang hisap rokok. Tengok anak-anak teman ni. Kalau dari dulu lagi kerajaan Malaysia dah buat, tak adalah teman hisap rokok. Ini, dah 64 tahun teman hisap rokok, dada dah bersarang dah.
Menurut Jamal, rang undang-undang ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi. Namun, apakan daya niat baik tersebut baru disedari pada masa kini. Tambah Jamal, dia memuji usaha yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin untuk memastikan anak-anak muda pada generasi sekarang tidak merokok.
Tapi YB KJ teman rasa kamu berani untuk bawa RUU tembakau demi masa depan deme anak-anak sekarang. Saya sokong seratus peratus kerana cuba bawa isu ini ke parlimen dan kalau boleh diluluskan alhamdulillah. Tengoklah kesian mereka anak-anak kecil lagi. Kalaulah daripada dulu, tak adalah saya hisap rokok.
Video
View this post on Instagram
Di akhir video, Jamal mengingatkan Khairy agar jangan lupa mewujudkan rang undang-undang bagi larangan arak pula. Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan menubuhkan jawatankuasa bebas yang akan mengkaji berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sebelum ia dikuatkuasakan pada 2025.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok. Berikutan daripada itu, Jamal Abdillah tampil menyuarakan perasaannya sebagai salah seorang perokok di Malaysia.
Sumber: Jamal Abdillah