berita

Alif Satar Dedah Pesakit Covid-19 Terima Rawatan Berbeza Sekiranya Merokok

August 2nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi,  Alif Satar, 32 menyeru rakyat Malaysia berhenti merokok dan jangan sesekali terjebak dengan amalan tidak sihat yang boleh membahayakan nyawa ketika pandemik COVID-19.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pelukan Berkat & Kasih Sayang Alif Satar Ketika Sambut Ibu Ayah Pulang Haji Bikin Sebak

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif menitipkan nasihat dan berkongsi pengalamannya selepas dijangkiti COVID-19 pada November 2020.

Rawatan berbeza

Menurut Alif, dia tidak merokok. Oleh itu, rawatan yang diterima berbeza daripada pesakit COVID-19 yang merokok. Tambah Alif, setiap manusia hanya dikurniakan satu jantung dan paru-paru, jadi, kenapa harus dirosakkan dengan merokok.

Ketika dijangkiti COVID-19, soalan pertama ditanya doktor, adakah saya seorang perokok? Bagaimanapun, saya bukan seorang perokok, namun, seorang rakan yang sudah berhenti merokok, tetapi mempunyai sejarah merokok menerima rawatan berbeza. Ini mungkin disebabkan paru-paru tidak berfungsi dengan baik atau ada tar. Badan ini bukan milik kita, tetapi Allah pinjamkan. Jadi, kita perlulah menjaganya sebaiknya. Umpama jika diberikan kereta yang perlu dipakai seumur hidup, tentunya kita menjaga kereta seeloknya supaya boleh berfungsi dengan baik.

Ujar Alif, setiap manusia perlu menjaga organ badan mereka dengan sebaik-baiknya kerana itu amanah Allah untuk umatnya. Alif turut mengajak masyarakat untuk mengamalkan cara hidup yang baik dan sihat menerusi video tersebut.

Kita hanya ada satu jantung dan paru-paru. Janganlah merosakkannya dengan merokok. Kalau boleh berhentilah merokok dan jika boleh dielak, cubalah elak.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan menubuhkan jawatankuasa bebas yang akan mengkaji berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sebelum ia dikuatkuasakan pada 2025. RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok. Selain itu, ia juga diyakini dapat mengurangkan peratus perokok di Malaysia kepada kurang lima peratus menjelang 2040 berbanding kira-kira 21 peratus ketika ini.

Sumber: Alif Satar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×