berita

‘Kalau Diam Sampai Mati Makan Hati!’ – Isteri Shuk Nafi Buat Video TikTok Perli Netizen

February 19th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Nampaknya isu rumah tangga penyampai radio Shuk Sahar dan isterinya, Rossa masih menjadi bualan hangat netizen dan kini mereka dilihat sudah berdamai kembali. Namun, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan Rossa yang dikatakan telah memuat naik video TikTok mempertahankan suaminya.

Artikel Berkaitan: ‘Suami Saya, Hak Saya Sis’ – Buat Video TikTok Back-Up Shuk, Netizen Harap Tiada ‘Drama’ Rumah Tangga Lagi

Artikel Berkaitan: ‘Aku Dah Cukup Pendam Macam-Macam!’ – Isteri Dakwa Shuk Curang Lagi?

Terbaru, dia menafikan dakwaan menjelaskan video viral tersebut sudah lama dimuat naik iaitu pada 14 Disember tahun lalu.

Itu video lama

Assalamualaikum. Sera nak betulkan semula. Ada yg kata sera perli netizen pasal buat video ni. Sedangkan video ni 14 December 2020. Kenapa tiada yang nak betulkan bila Sera cakap video ni fitnah. Memang nak pickup cerita yang fitnah ja. Kebenaran korang taknak pickup pula takut kena balik pula sebab share info tak betul.

Menurut Rossa, video tersebut dimuat naik kembali di aplikasi TikTok selepas viral isu suaminya. Namun video tersebut bukan video baru yang dibuat semata-mata untuk mempertahankan suaminya selepas apa berlaku. Malah, dia juga tidak berniat untuk memerli netizen atau mencetuskan provokasi.

Terdahulu, video TikTok tersebut memaparkan Rossa kelihatan masih mempertahankan suaminya, Shuk walaupun sudah beberapa kali berlaku curang. Dia juga turut mengeluarkan kenyataan ‘suami saya, hak saya’ menambahkan lagi kemarahan netizen kerana rata-rata berpendapat kontroversi ini terjadi disebabkan dirinya yang mendedahkan kecurangan Shuk.

Netizen sokong

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ROSSA SHOP (@rossa.sera)

Saya pun tau risiko apa akan jadi sebelum buat sesuatu. 4 tahun aku jaga aib. Bila jaga aib makin kena provoke macam-macam. Aku diam sebab bila aku bersuara dulu orang cakap buka aib. Bila aku diam PELAKOR BERTEPUK TANGAN PADAN MUKA SEBAB tak BERANI BERSUARA. Dan smpai mati la isteri dalam dunia takut bersuara.

Tambahnya lagi, pendedahan tersebut sekadar ingin memberi amaran kepada ‘wanita’  yang mempunyai skandal dengan suaminya. Kalau perkara ini dirahsiakan pastilah kes ini masih tidak selesai dan ‘wanita’ terbabit masih akan menang dan bertepuk tangan.

Tolong kesian dulu nasib para isteri yg duduk rumah, jaga anak-anak, cari duit sendiri menjual sana sini! Kalau diam sampai mati pun makan hati la oii. Bahagia ka macam tu. PELAKOR TEPUK TANGAN!!

Sumber : Rossa_Serra

SKIP THIS AD ×