Sebelum ini, pelawak dan pengacara Shuk Sahar pernah didakwa berlaku curang terhadap isterinya. Ini ekoran pendedahan seorang wanita bernama Fara di media sosial beberapa bulan lalu.
Artikel Berkaitan : ‘Ada Masa Sesuai Nanti Saya Akan Bercakap’ – Didakwa Curang, Shuk Sahar Beri Respon
Terbaru, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik beberapa posting di Instagram mendakwa suaminya kembali berlaku curang dan tidak pulang ke rumah.
Dihalau balik
Terima kasih dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku bertahan sampai tahap ini, menutup segala celah yang buruk demi masa depan anak-anak. Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Kau biarkan aku kena maki hamun dengan betina ni selama ni. Aku suruh kau keluar, kau tak ekluar, kau tak balik duduk rumah betina ni.
Menurut Rossalennah, dia bertindak ke rumah Farah selepas suaminya dikatakan tidak pulang. Namun dia dihalau walaupun dia yakin Shuk berada di dalam rumah tersebut memandangkan Farah tidak mengizinkan dia untuk memeriksa dalam rumah itu.
Orang tidur tapi aku berkeliaran cari laki aku dimana. Jangan cakap aku buka aib lagi, sebab bila aku simpan diorang makin selesa sangat tengok aku macam orang bod***. Allah tu Maha Adil. Naluri isteri tak pernah salah. Allah dah tunjuk semua slama ni tapi aku diam.
Aku tak pernah sesedih ini, sesakit ini. Aku dah cukup pendam macam macam.. Allahukabar.. bila Allah menghendaki akan sesuatu tiada siapa dapat halang. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan dengan kau Farah. Kau usir aku.. Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku kamu buat macam ni. Aku ada anak anak aku perlu jaga.
Rossalennah turut melahirkan rasa kecewa apabila akui pernah merayu untuk Shuk kembali semula, namun segalanya gagal. Malah dia mendakwa sering ditipu sehingga perkara ini berlarutan dalam rumah tangga mereka.
Selalu kena maki
Selama ni aku diam, dah cakap diam.. sabar.. kena maki walaupun bersabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami tapi semakin lama diam dorang semakin menyakiti aku smpai saat ni. Yang 1 sibuk mengejar yang bujang. Yang bujang ni tak sedar diri asyik-asyik nak buktikan pada semua orangg yangg dia tak bersalah dan tak mengganggu rumah tangga orang.. sama ja..
Tambah Rossalennah lagi, dia menunggu siang malam untuk suaminya balik ke rumah. Malah turut menghantar mesej kepada Farah bertanyakan mengenai suaminya, namun dimaki oleh wanita tersebut.
Dua sedar diri buat aku dan anak-anak aku macam ni. Aku di cakap mata duitan bertahan sebab nak hidup mewah. Kenapa smpai macam tu anggapan kau. Kau prempuan aku pun prempuan.. aku bertahan demi anak-anak aku.
Akhir sekali, dia berterima kasih kepada PA Shuk yang sanggup menemaninya mencari suaminya sendiri di rumah wanita itu dan melihat segala drama rumah tangga mereka.
Sumber : Rossa_Sera