
Pelakon, Syatilla Melvin tampil bersuara memberi peringatan susulan pendedahan adiknya, Syida Melvin, yang mendakwa bekas suaminya telah menghina ibu bapa mereka di depan anak-anak.
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Dedah Sebab Aktif Buat Affiliate – ‘Ada Peluang Depan Mata Kaut Duit, Kenapa Nak Duduk Diam?’
Artikel Berkaitan: ‘Kita Rasa Solat Beban Sebab Selalu Tangguh’ – Syatilla Melvin
Sayang anak-anak buah

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin menegaskan rasa sayang terhadap anak-anak saudaranya tidak pernah berbelah bahagi.
Malah, Syatilla turut menganggap anak-anak saudaranya sama seperti anak kandung sendiri.
Justeru, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu berkata dia sama sekali tidak boleh berkompromi sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menganiaya anak-anak saudaranya itu.
Saya ni kan tahap sayang anak-anak saudara, apa yang anak-anak saya dapat mereka pun akan dapat juga.
Mereka dari baby membesar dengan mak saudara.
Tapi jangan layan dengan buruk budak-budak itu, saya memang tidak boleh sebab dah sayang macam anak sendiri.
Bagaimanapun, Syatilla mengakui dirinya kini jauh lebih matang dan cuba belajar untuk melepaskan perkara yang tidak perlu berbanding zaman mudanya dahulu.
Pun begitu, Syatilla memberi amaran keras sekiranya ada pihak yang sengaja cuba merampas hak keluarganya.
Cuma sekarang ni darah panas, susah nak naik berbanding zaman dahulu. Banyak benda yang saya belajar untuk lepaskan.
Tapi kalau awak kacau saya dan ambil hak saya, tunggu kejap. Malu saya tolak tepi.
Sebelum ini, adiknya, Syida melvin mendakwa bekas suaminya menghina ibu bapanya di hadapan anak-anak.
Dalam satu perkongsian, Syida mendakwa anak-anak menceritakan kejadian itu kepadanya selepas meluangkan masa bersama bapa mereka pada malam berkenaan.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Azfar Heri Pernah Diekori Individu Tak Dikenali, Terima Pulut Kuning Waktu Maghrib – ‘Seram..Saya Terus Buang’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/azfar1.jpg)

