Isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin meminta dilepaskan atau diceraikan secara baik supaya dia boleh melupakan persengketaan yang berlaku dan boleh meneruskan kehidupannya.
Artikel Berkaitan: Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz ‘Biawak Hidup’ & Pengecut – Kau Bukan Manusia Lagi, Sudah Iblis’
‘Saya ada ramai kawan lelaki tapi’
Foto: Harian Metro
Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya juga percaya bahawa rumah tangganya bersama Afiq tidak boleh diselamatkan lagi.
Saya minta Afiq tolong lepaskan saya secara baik untuk saya ‘move on’.
Menurut mak, kalau saya kembali kepada Afiq, saya seperti sudah mati kerana saya juga pernah dipukul dan didera Afiq sebelum ini. Saya juga tidak mahu kembali hidup bersama dengannya lagi.
Pachara turut menafikan dakwaan Afiq yang menuduh dirinya berlaku curang. Sebaliknya, Pachara memberitahu bahawa dia sememangnya memiliki ramai kawan lelaki dan langsung tidak mempunyai hubungan istimewa seperti yang didakwa.
Saya ada ramai kawan lelaki tetapi dakwaan curang itu tidak betul.
Sementara itu, peguam Pachara, Suriati Ab Ghani berkata, kes Permohonan tuntutan fasakh itu disambung semula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 13 Julai depan.
Terdahulu, Pachara difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.
Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.
Sumber: Harian Metro