Susulan dakwaan pelakon Afiq Muiz yang menyifatkan isterinya seorang kaki mabuk, pelakon Pachara Apin tampil bersuara di Instagram Stories.
Artikel Berkaitan: Afiq Muiz Gagal Beri Nafkah Sejak 2021, Pachara Apin Tuntut Fasakh
Artikel Berkaitan: Afiq Muiz Dedah Perangai Sebenar Isteri, Dakwa Kaki Mabuk – ‘Macam Iblis Balik Tiga Pagi Bau Arak’
Artikel Berkaitan: ‘Teruskan Sembahyang, Jangan Lupa Selfie Dengan Sejadah’ – Isteri Afiq Muiz
Kenapa tak lepaskan saya?
Dakwa Pachara, sepanjang perkahwinan dengan Afiq, dia yang keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga manakala aktor itu akan menghabiskan waktu dengan bermain permainan video.
Malah dakwa Pachara lagi, dia akan dipukul oleh Afiq pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sementara Ahad ‘dilepaskan’ memandangkan hari Isnin akan keluar bekerja.
Tambah aktres berumur 32 tahun, dia menyesal menarik balik laporan polis kerana beranggapan Afiq akan berubah menjadi suami yang lebih baik.
Kau curang
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Aaira Mahdeya menegaskan dia berhak memfailkan tuntutan fasakh selepas ‘koyak’ fizikal dan mental.
Malah, pemilik nama Muhammad Afiq Muiz Azman Shah juga disifatkan sebagai iblis bukan lagi manusia.
Sementara itu, di hantaran berbeza, Panchara mendakwa dia dipukul pada 14 Mei 2021 selepas Afiq kantoi bermain kayu tiga di belakangnya.
Pada Rabu lalu, Pachara memfailkan tuntutan fasakh kepada Afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Sebelum ini, di Instagram Stories, pelakon Aishah Azman mendakwa kakak iparnya sengaja menabur fitnah dan memutar belit cerita menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan.
Dakwanya, Afiq sama sekali tidak memukul sebaliknya Pachara yang mencederakan diri sendiri.
Susulan timbul dakwaan itu, Afiq tampil mempertahankan diri dengan membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil.
Sekadar info, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.
Sumber: Instagram @patch_pmt