Baru-baru ini, penyanyi, Aishah telah memuat naik satu video teguran terhadap pengacara popular, Sherry Alhadad apabila menyifatkan individu yang menjalani pembedahan bariatrik menggunakan jalan pintas untuk tampil kurus dan cantik.
Artikel berkaitan: ‘Bukan Nak Cantik, Aku Tua Dah’ – Aishah Bengang Sherry ‘Kondem’ Buat Pembedahan Bariatrik
Berikutan daripada itu, Sherry telah tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
Nak jawab soalan netizen
Menurut Sherry, dia membuat video tersebut pada awalnya untuk menyatakan dan menjawab segala soalan yang diajukan oleh netizen mengenai berat badannya. Ujar Sherry, netizen ingin tahu mengenai hal tersebut.
Jadi saya bagitahu mereka bahawa saya bersenam dan ambil produk. Saya kan duta produk. Jadi itu alternatif yang saya ambil untuk turunkan berat badan. Saya tak nak orang cakap saya buat bariatrik. Memang proses turun berat badan makan masa. Tapi saya percaya.
Berbicara lebih lanjut, Sherry berkata dia tahu mengenai video Aishah sebaik sahaja rakan-rakannya bertanya mengenai hal tersebut.
Saya terkejut juga ramai yang tag saya. What happen. Saya tak tahu kenapa dan punca itu berlaku. Bila saya tengok balik, baru saya faham perkataan jalan mudah itu membuatkan kak Aishah dan yang lain trigger. Saya minta maaf dan tak berniat nak kondem pun. Mungkin pemilihan ayat dan susunan kata saya tak tepat. Mungkin masa tu saya teruja buat video sampai tak sedar menyinggung perasaan orang lain. Tapi saya memang tak tuju dekat siapa pun. Saya minta maaf dekat kak Aishah dan semua yang jalani pembedahan bariatrik.
Sherry turut bercadang untuk berjumpa dengan Aishah sekiranya mempunyai kesempatan dalam masa terdekat.
Tak perlu sentap
Di samping itu, pengarah, Michael Ang turut mengulas isu yang berlaku di antara Sherry dan Aishah. Menurut Michael, Aishah tidak perlu sentap sekiranya dia melakukan pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan. Tambah Michael, kebanyakan individu melakukan pembedahan tersebut kerana mahu kelihatan cantik. Tegasnya, itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku.
Kalau i buat untuk kesihatan kenapa perlu i sentap. Muka aku dah macam ni. Kalau kurus pun ingat aku boleh jadi handsome ka. Memang tak la. Benda ni tak perlu sentap kalau u buat demi kesihatan. Kalau orang nak kata banyak orang buat bariatrik nak kurus jalan pintas dan sebagainya, itu hakikatnya. Banyak orang buat macam tu. Jadi buat apa kita nak sentap kalau kita ada masalah kesihatan dan buat. Sherry memang tak buat.
Kebanyakan doktor yang profesional dia tak akan buat untuk kecantikan. Saya alami masalah depresi pada tahun pertama kerana saya orang yang suka makan. Tiba-tiba saya tak boleh makan. Makan sikit dah tak boleh sumbat. Kepada Aishah tak payah sentap. Datuk dah umur berapa. Muka i pun macam ni. Kalau kita kurus tak cantik mana pun.
Sumber: TV3