berita

‘Kalau Kita Suka Sama Suka Lain..’ – Influencer Dakwa Mangsa Cabul Youtuber Buka Mulut

December 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai seorang Youtuber yang didakwa mencabul seorang wanita telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Malah, Youtuber tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

Terbaru, wanita terbabit sekali lagi tampil membuka mulut mendedahkan perkara sebenar.

Supaya jadi pengajaran

Menerusi Instagram Story yang dimuatnaik oleh wanita terbabit, wanita ini sempat meluahkan rasa berterima kasih kepada orang ramai yang menyokong dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya. Selain turut memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya.

Saya harap benda ni bukan setakat mengajar saya tapi mengajar orang di luar sana. Saya harap benda ni boleh beri impak positif kepada semua rakyat especially golongan perempuan seperti saya.

‘Ramai lagi tau’

Selain itu, wanita ini juga memaklumkan dia percaya masih ramai golongan wanita yang tidak berani nak bercakap mengenai isu seperti ini sehingga boleh menjejaskan mental seseorang.

At the end, bukan saya sorang yang buat report lambat semua. Actually, ramai lagi tau. Bukan setakat report lambat, tapi ada yang tak report langsung sebab takut.

Kalau kita suka sama suka itu lain cerita, tapi let say benda tu dibuat secara paksa, orang tu tak mahu dan tak suka tapi masih buat juga.

Sementara itu, dia memberitahu bahawa tujuan dia berkongsi kisah tersebut di media sosial bukanlah berniat untuk mengaibkan atau menjatuhkan sesiapa. Sebaliknya hanya ingin kes ini dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar kepada semua orang terutamanya golongan wanita.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×