berita

‘Kalau Lambat Sampai..Jadi Tempoyak’ – FAMA Jual Durian Di Shopee, Ini Respon Lucu Netizen

July 15th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tak dinafikan, buah durian sememangnya menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Bila tiba sahaja musim durian, masing-masing akan berpusu-pusu mencari raja buah ini yang mempunyai pelbagai jenis gred dari murah sehingga mahal. Rasanya yang berlemak dan isi yang tebal pasti buatkan ramai tak puas makan. Paling seronok jika dapat menikmati pelbagai jenis durian di kebun mereka sendiri. Betul tak?

Terbaru, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan platform e-dagang, Shopee buat julung kalinya bekerjasama memasarkan durian secara dalam talian atau ‘Durian E-Fiesta’ bermula hari ini 15 Julai sehingga 19 Julai ini. Namun yang menarik perhatian kami adalah respon netizen. Aduh lucu pula rasa.

Jual durian di Shopee

Menurut Ketua Pengarah Fama Datuk Zainal Abidin Yang Razalli, penggemar durian boleh memilih pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, kampung dan sebagainya menerusi pembelian dalam talian yang pertama di Malaysia itu.

Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di jualan kilat ‘Shocking Sale’ pada harga RM10 saja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta.

Edisi pertama kempen ini terhad di Lembah Klang saja bagi menjamin kesegaran buah-buahan dan penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya tidak percaya jual durian secara atas talian. Yelah agak-agaknya macam mana cara mereka hantar. Mesti bau satu van kan?

Netizen lucu

Kesian barang lain bau durian

Takut kena kebas dulu

Buat pengetahuan anda, penjualan atas talian ini hanya di sekitar Lembah Klang bagi menjamin kesegaran buah-buahan. Jangan risau, tak sempat jadi tempoyak.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×