berita

‘Kalau Nak Buat Content & Bergurau Di Media Sosial, Boleh Tak Pakai Otak Sikit?’ – Mira Filzah

May 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang wanita telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak berhubung dakwaan punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin adalah kerana darah tersumbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca. Menurut wanita tersebut, dia tidak menyelidik fakta terlebih dahulu sebelum berkongsi berita berkenaan kepada umum.

Artikel berkaitan:Walaupun Dah Mohon Maaf, Polis Tetap Cari Wanita Sebar Berita Palsu Punca Kematian Pemanah Negara

Di Twitter, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Mira Filzah meluahkan pandangannya berhubung isu yang sedang hangat ini.

Nak cakap ke tak?

Nak cakap ke tak ehh.Haih. Cakaplah. Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, statement ke, bergurau ke, pakai otak sikit?

Menurut Mira Filzah, seseorang individu haruslah berfikir secara rasional sebelum memuat naik sesuatu kenyataan mahupun apa-apa sahaja di media sosial. Meskipun niat sekadar untuk bergurau mahupun sengaja melakukan ‘content’, Mira berharap semua individu dapat menjadikan isu yang sedang viral ini sebagai iktibar dan menggunakan akal untuk berfikir.

Sebar berita palsu

Sebelum ini, pihak polis memberitahu bahawa mereka sedang mengesan seorang wanita berhubung kes berita palsu mendakwa kononnya punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin adalah kerana darah tersumbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca. Wanita tersebut juga mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan punca sebenar kematian terbabit.

Sumber: Mira Filzah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×