berita

‘Kalau Nak Kejar Populariti & Terlalu Memilih, Anak Bini Nak Makan Apa? – Anas Ridzuan

November 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Anas Ridzuan meluahkan rasa syukur kerana namanya masih relevan dalam industri seni dan tidak putus mendapat tawaran berlakon meskipun diberikan watak sampingan sahaja daripada pihak produksi.

Artikel Berkaitan: Gabung Elemen Fiksyen Seram & Komedi Gelap, ‘Syif Malam’ Papar Kisah Misteri Orang Yang Bekerja Waktu Malam

Tak pernah kecil hati

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Anas berkata dia tidak pernah berkecil hati sebaliknya rasa bertuah kerana sekurang-kurangnya masih ada pihak yang memberikan dia peluang untuk berlakon dalam drama, telefilem dan filem. Tambahnya lagi, dia tidak mensasarkan untuk meraih populariti tetapi lebih mengutamakan kepada sumber bagi mencari rezeki.

Saya langsung tak fikir pasal nak jadi popular sebab itu pekerjaan saya. Saya jadikan lakonan sebagai punca rezeki. Saya terima apa sahaja watak. Kalau nak kejar populariti dan terlalu memilih, anak bini nak makan apa?

Anas yang ditemui di Majlis Malam Gala dan Sidang Media Filem Syif Malam di Starling Mall, Isnin lalu, turut berkata dia tidak menyangka akan menerima banyak tawaran berlakon meskipun merasakan diri masih tidak dikenali ramai.

Saya menganggap itu semua merupakan rezeki isteri dan anak-anaknya yang sentiasa memberi sokongan kepadanya selama ini. Paling penting sentiasa ada dan tak menghilang dalam industri.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×