Pelakon, Idzham Ismail memberi bayangan sedang bergelut membahagikan masa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa tunggal dan kariernya sebagai anak seni.

Artikel Berkaitan: Idzham Ismail Seronok Dengan Anak-Anak, Tangguh Hasrat Nak Kahwin Lagi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Gaji Sebulan Daddy Ni Tau, Daddy Tak Makan Sebab Belikan Korang Telefon’ – Idzham Ismail Buat Kejutan Untuk Anak-Anak

‘Okay dengan situasi sekarang tapi…’

Menerusi komen di Threads, pemilik nama Muhammad Idzham Ismail, 37, berkata dia sudah biasa dengan keadaan sekarang iaitu menjaga dua orang anaknya namun dia juga bimbang akan masa depannya sebagai seorang pelakon.

Saya terima keadaan ini seadanya tapi saya penat bila fikir tentang hala tuju kerjaya saya.

Macam mana saya nak bersedia untuk lebih banyak peluang kalau dalam diri saya sendiri masih penuh dengan kebimbangan?

Kalau nak pasang lain jangan kahwin. Itu nasihat saya kepada perempuan.

Dalam pada itu, Idzham turut berharap orang yang menganiayanya dan anak-anaknya mendapat balasan kifarah.

Saya berdoa agar kifarah dapat menjalankan tugasnya sekarang. Kasihan anak masih kecil.

Komen netizen

Perkongsian Idzham menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dan segelintir mereka membuat andaian selain mendakwa aktor itu sedang mengalami kesulitan tentang penjagaan anak-anak bersama bekas isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat terhadap bapa tunggal itu dan berharap dia menemui jalan penyelesaian.

Sumber: Threads