berita

‘Kalau Rindu Mak Pegang, Bau Sapu Tangan Arwah Along’ – Adik Zulfarhan

August 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa 18 orang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diminta untuk membela diri dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain semalam.

Menerusi laporan Mstar, adik kepada Zulfarhan memberitahu bahawa dia dan ahli keluarga yang lain mampu menarik nafas lega apabila mahkamah memutuskan keputusan berpihak kepada mereka.

Kami berdebar-debar tunggu keputusan

Menurut Zulhelmie Idros, mereka sekeluarga berdebar-debar menanti keputusan pihak mahkamah sebelum tibanya hari perbicaraan. Namun, selepas mendegar keputusan tersebut, mereka menganggap ianya sebagai keadilan buat mereka sekeluarga.

Sebelum perbicaraan kami berdebar-debar juga takut keputusan perubahan tapi Alhamdulillah memang lega betul sebab kami memang berharap keputusan macam tu. Bila mereka berani buat begitu dekat abang, jadi mereka kena berani tanggung akibatnya. Kami berpuas hati dengan keputusan itu.

Rasa geram sebab ibu bapa mereka yang bersalah masih dapat jumpa anak mereka. Tapi kami kalau rindu Along pun tak boleh buat apa. Arwah pun dah tak ada. Tipu kalau tak marah tapi negara ada undang-undang. Rasa dendam, marah tu kita simpan jelah. Biarlah mahkamah yang tentukan dan ternyata keputusan berpihak kepada kami sekeluarga.

Sapu tangan pengubat rindu ibu

Tambahnya, sapu tangan arwah abangnya menjadi pengubat rindu buat ibunya. Ibunya akan membawa sapu tangan tersebut ke mana sahaja dia pergi dan mendengar pesanan suara yang pernah ditinggalkan arwah abang itu berulang kali.

Apa yang ada dekat mak sekarang sapu tangan Along saja lah. Kalau rindu-rindu mak pegang dan bau. Macam dalam mahkamah pun mak pegang saja sapu tangan tu. Mak tak pernah basuh sebab bau arwah ada lagi. Sapu tangan tu mak jumpa dalam poket seluar Along masa tengah kemas barang peribadi dia. Itulah pengubat rindu dia dekat arwah.

Dekat Telegram ada voicenote masa arwah masih hidup, jadi mak dengar balik terutama waktu malam. Saya ada cakap dekat mak untuk perlahan-lahan terima Along dah tiada, Alhamdulillah mak dah okay sikit. Tapi kadang-kadang kalau dia rindu sangat tu dia akan dengar juga suara abang. Iyaalah, rindu seorang ibu dekat anak dia.

Abang pertahankan maruahnya

Sebagai ahli keluarga, mereka pada mulanya tidak percaya bahawa abang sulungnya maut sehinggalah mak dan ayah buat pengecaman semasa post mortem.

Ayah dapat panggilan pegawai pukul 11 malam beritahu abang dah tak ada. Kebetulan waktu tu saya cuti ada dekat rumah. Ayah tanya nombor ic dan nombor badan sebab ingatkan salah orang. Kami pun tak tahu sebab tak tengok lagi jenazah. Dalam pukul 12.30 malam, satu family terus pergi ke Hospital Serdang. Mak ayah buat pengecaman dan saya tengok jenazah masa post mortem. Masa tengok badan dia rasa takut dan terkejut sebab kecederaan memang teruk cuma muka, tangan dan kaki okay.

Bagi saya, cara mereka lakukan sangat kejam. Kalau ikutkan pemikiran waras pun takkan buat macam itu. Sampai hati mereka gunakan kekerasan walaupun abang dah mengaku dia tak buat apa yang mereka dakwa. Saya kagum sebab abang pertahankan maruah dia sehingga akhir hayat.

Zulhelmie tidak menafikan bahawa dia turut merindui arwah abangnya. Dia menyifatkan abangnya seorang yang penyayang dan tegas terutama dalam bab solat. Namun, memori tersebut kini hanyalah kenangan buat dirinya juga.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.