berita

Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri, Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

July 31st, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Hari yang dinanti-nantikan bagi pembelaan arwah Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain telah tiba. Menerusi Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah telah memerintah seramai 18 tertuduh untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Bapa Zulfarhan sujud syukur

Menerusi Twitter Madiha bapa kepada arwah Zulfarhan dilihat membuat sujud syukur sebaik keluar dari pintu mahkamah selepas prosiding awal pagi tadi. Namun begitu, seorang tertuduh, Muhammad Akmal Akif Alias telah dibebas tanpa dipanggil untuk membela diri.

Hukuman mati mandatori

Hakim memerintahkan lima tertuduh Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri untuk membela diri atas pertuduhan membunuh manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas tuduhan bersubahat.

Pertuduhan terhadap kesemua mereka yang berusia 23 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro, Madiha

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×