Pelakon, Sharifah Sakinah menegur segelintir individu yang sering menjadikan gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) sebagai alasan bagi menutup perbuatan buruk atau tingkah laku yang tidak baik.

Artikel Berkaitan: #BestiesPapeRoger: Rawat ADHD, Sharifah Sakinah Habis Lebih RM100,000

Masalah ADHD

Menerusi hantaran di Threads, Sakinah, 36, berkata, sekiranya masalah mental itu tidak mendatangkan kemudaratan yang teruk kepada diri seseorang, hendaklah bersyukur.

Jangan jadikan ADHD sebagai alasan untuk menutup buruk sendiri. Kalau ada ADHD tetapi tidak menyakitkan anda, hanya nikmati sahaja.

Dalam hantaran sama, Sakinah juga menasihati penghidap masalah ADHD untuk merujuk kepada pakar perubatan sekiranya keadaan bertambah merunsingkan.

Pandang ke arah yang lebih positif. Kalau sakit jumpa lah doktor, rehat dahulu dari kerja atau berhenti menyuap ‘dopamin murah’ seperti ganja, alkohol mahupun dadah jalanan, makan baring dan sosial media.

Terdahulu, Sakinah mendedahkan bahawa dirinya merupakan penghidap disleksia tahap ringan dan turut memiliki beberapa ciri ADHD.

Kata aktres itu, kondisi tersebut hanya disedari selepas dia menamatkan persekolahan, sekali gus membantunya memahami keperluan serta cara dirinya berfungsi dengan lebih jelas.

Malah, ketika menetap di Sweden, dia berhabis lebih RM100,000 untuk menjalani rawatan masalah tersebut.

Sumber: Threads