Pelakon, Sharifah Sakinah mencuri perhatian warganet selepas berkongsi insiden lucu mengenai seliparnya yang hilang ketika berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Sakit Jumpa Doktor, Jangan Jadikan ADHD Alasan Tutup Buruk Sendiri’ – Sharifah Sakinah

Selipar hilang

Menerusi hantaran di Threads, Sakinah, 36, berkata, selipar berwarna hitam miliknya yang tertera tulisan ‘alo’ dengan logo mirip jenama Alha Alfa didakwa telah diambil oleh seseorang, sama ada secara sengaja atau tidak.

Aktres itu memberitahu, dia tidak kisah jika selipar itu dicuri atau diambil tanpa sengaja. Namun apa yang merumitkan keadaan ialah dia terpaksa ‘berkaki ayam’ untuk ke destinasi seterusnya.

Sesiapa yang berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, sila pulangkan balik selipar hitam saya yang bertuliskan ‘alo’, logo seperti Alha Alfa.

Saya tak kisah curi ke tersalah ambik ke. Masalahnya saya kena berkaki ayam untuk ke destinasi seterusnya. Apa-apa tolong DM.

Perkongsian sekali gus itu mengundang tawa ramai yang turut berseloroh berkongsi pengalaman sama, selain berharap individu yang terbabit dapat memulangkan selipar tersebut.

Sumber: Threads