Usahawan Haliza Maysuri, sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial selepas mendedahkan keinginannya untuk menamakan bakal cucunya dengan nama yang sinonim dengan empayar perniagaannya iaitu Bawal.

Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Ajak Wanita Hamil Dicekik Suami Datang Rumah – ‘Saya Masakkan Ayam Gepuk’

Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Hairan Individu Tak Dikenali Berani Mesej Mahu Pinjam RM12,000 – ‘Kenal Pun Tak’

Namakan cucu ‘Bawal’

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, pengasas jenama mewah Bawal Exclusive itu secara terbuka meminta pandangan orang ramai, terutamanya kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mengenai prosedur pendaftaran nama tersebut.

Siapa kerja JPN kat sini? Nak tanya sikit. Kalau saya nak namakan cucu saya Bawal boleh daftar ke atau tak boleh? Mohon pencerahan

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Meskipun ada yang melihat ia sebagai simbolik kesetiaan terhadap legasi perniagaannya, tidak kurang juga yang menganggap cadangan tersebut agak keterlaluan bagi seorang bayi.

Namun begitu, ada yang berpendapat dan percaya bahawa perkongsian itu sebagai satu gurauan santai.

Komen netizen

Sumber: Threadas Haliza Maysuri