Aktress terkenal Rozita Che Wan tidak bersetuju jika kesalahan curang yang berlaku hanya ditudingkan kepada ‘orang ketiga’ sahaja kerana suami juga bersalah dalam perkara tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Penyondol’ Kena Tarik Rambut, Suami Cabut Lari
Artikel Berkaitan: Nadya Syahera Dedah Ada ‘Penyondol’ Ganggu Suami – ‘Saya Dah Lapan Tahun Kahwin, Dia Baru Nak Bersama 3 Atau 4 Bulan’
Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menyelar tindakan dan pandangan sesetengah pihak yang hanya menyalahkan ‘penyondol’ sahaja kerana suami juga berkehendak untuk curang terhadap isteri. Pada pandangan Che Ta kedua-dua pihak bermasalah.
Dalam hal ini, kedua-duanya salah. Suami mereka tak baik sangat tapi kenapa perlu terlalu marah hanya kepada wanita tersebut?
Pelakon jelita itu juga menyatakan bahawa jika rumah tangganya menghadapi masalah yang sama dia akan berdepan dengan suaminya terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan serta kepastian dan bukannya menyerang pihak ketiga.
Kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain semula, bukannya naik hantu dengan perempuan itu.
Jangan kongsi kemelut rumah tangga di media sosial
Dalam pada itu, aktress berusia 50 tahun ini juga tidak bersetuju dengan tindakan segelintir kaum isteri yang berkongsi masalah rumah tangga mereka di media sosial kerana baginya tindakan tersebut seperti membuka aib sendiri.
Sebagai isteri, berdosa buka aib suami kepada umum, jika marah atau hendak berpisah, terus ke pejabat agama.
Pelakon terkenal dengan fesyen ‘vogue’ ini juga tidak tujukan hal tersebut kepada mana-mana pihak, tetapi dia hanya ingin menasihati supaya tidak akan berlaku sebarang spekulasi lain akibat daripada perkongsian di media sosial.
Jika luahkan dan tuju kepada seseorang belum tentu dia baca. Tanpa sedar, luahan yang dilakukan timbulkan fitnah pula.
Terdahulu, isu ‘penyondol’ dalam kalangan selebriti semakin hari semakin sensasi dan menjadi tumpuan banyak pihak terutama warganet.
Sumber: Kosmo