Tular di Instagram (IG), video yang memaparkan seorang isteri mengamuk lalu menyerbu sebuah rumah untuk menangkap suaminya yang menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Dari Kita Manusia Melakukan Kesalahan ..’ – Buat ‘Pose’ Allah Yang Satu, Hafidz Roshdi Mengaku Curang?
Artikel Berkaitan: Nadya Syahera Dedah Ada ‘Penyondol’ Ganggu Suami – ‘Saya Dah Lapan Tahun Kahwin, Dia Baru Nak Bersama 3 Atau 4 Bulan’
Isteri mengamuk
Ketika kejadian, wanita dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia itu mengetuk pintu rumah dan tidak lama kemudian muncul suaminya yang memakai topi keledar membuka pintu. Dalam keadaan tergesa-gesa lelaki tersebut mahu melarikan diri, namun ditahan oleh isterinya di muka pintu.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut gagal menghalang kerana suaminya sudah pun dapat mengagak kedatanganya dan ternyata dia sudah bersiap sedia membawa beg pakaian untuk melarikan diri.
Dalam keadaan berang, wanita itu terus masuk ke dalam rumah tersebut dan membelasah ‘kekasih gelap’ suaminya dengan menarik rambut sehingga dia terseret ke lantai.
Warganet yang menonton rata-rata menyokong tindakan wanita tersebut demi mempertahankan rumah tangganya dan mengecam sikap suaminya yang ‘bermain kayu tiga’.
Saya suka tengok kejadian macam ini. Saya pun teringin nak pukul sekali si penggoda suami awak itu.
Kejamnya suami dia terus cabut lari.
Sumber: Suara.com