berita

‘Saya Kekasih Kepada Aliff Aziz Sejak Januari 2024’ – Wanita ‘Spill The Tea’, Kongsi Video Cium Pipi

April 22nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Nama penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat wargamaya di media sosial susulan pendedahan seorang wanita yang mengaku merupakan kekasih aktor itu.

‘Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz’

Menerusi perkongsian di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa telah menjalinkan hubungan cinta dengan suami kepada Bella Astillah itu sejak Januari lalu. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya menceritakan perkara sebenar kerana tidak sanggup melihat Aliff dicerca keseorangan.

Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024. Betul, apa yang dilakukan Aliff itu salah. Salah tetap salah tapi Aliff tak berhak dituduh keseorangan begitu kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji.

Ujar Sarah lagi, dia dan Aliff mula berkawan rapat dan sering berhubung di laman sosial kerana aktor itu sering mengadu tentang masalah rumah tangganya bersama isteri, Bella Astillah.

Dia selalu minta nasihat dan sokongan moral daripada saya, membuatkan kami lagi akrab dan Aliff mula tunjukkan rasa sayang dan cinta pada saya dan approch untuk bercinta dengan Aliff.

Pada Februari 2024, saya dan Aliff merancang untuk berjumpa di Malaysia selama seminggu (perjumpaan saya dan Aliff adalah sebelum Aliff memulakan penggambaran drama Terjerat bersama pelakon wanita terbabit.

Malah Sarah mendakwa sepanjang penggambaran, hubungannya dengan Aliff dikatakan masih rapat sehinggalah pada hari Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat.

Semasa hari itu berlaku, saya berada di Kuala Lumpur sepatutnya Aliff berjumpa dengan saya pada malam itu. Tapi Aliff diamkan diri sehinggalah berita mengenai dia keluar di media sosial dan membuatkan saya terkejut.

Saya mengakui pada awalnya saya percaya apa yang dijelaskan Aliff dan tidak mempercayai Aliff ditangkap bersama pelakon itu dan saya diberitahu Aliff semua perancangan dan langkah-langkah mereka berdua (nampak seperti tidak bersalah). Saya bersetuju untuk kekal berhubung dengan Ruhainies atas dasar untuk menyelesaikan kes itu bukan sebaliknya.

Sarah mendedahkan Aliff menumpang di rumahnya selama sebulan sepanjang penggambaran drama tersebut tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Bella dan Ruhainies.

Namun segala-galanya terbongkar selepas Sarah terbaca perbualan mesra Aliff dengan Ruhainies sedangkan ketika itu, Aliff masih menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya. Hati saya hancur kerana mempercayai Aliff Aziz.

Posting Sarah Yasmine

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Yasmine (@sarahyasminekh)

Sumber: Sarah Yasmine

SKIP THIS AD ×