Penyanyi Thalita tampil menjawab komen netizen yang mendakwa wajahnya kelihatan lebih berusia berbanding umur sebenar selepas perkongsian di TikTok baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’

Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Bukan Mummy Yang Melahirkan…’ – Watie Hanifiah Titip Ucapan Menyentuh Hati Sempena Hari Lahir Thalita

Sama macam arwah ibu

Menurut Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, foto arwah ibunya ketika usia remaja juga kelihatan matang walaupun masih muda.

Saya tengok gambar-gambar arwah ibu saya dulu waktu dia remaja macam saya, sama saja.

Dekat situ dah terbukti ada saja zaman dulu budak umur 13 muka matang macam saya.

Awak cakap macam itu mungkin sebab saya ini bukan baby face kot.

Dalam pada itu, Thalita turut mempersoalkan pandangan masyarakat yang masih meletakkan ciri fizikal tertentu sebagai kayu ukur kecantikan.

Tambah anak kepada usahawan dan pelawak Shuib itu, kecantikan pada zaman sekarang sering dikaitkan dengan kulit putih dan raut wajah yang lebih tegas (sharp features).

Zaman sekarang yang cantik itu, putih, tinggi, hidung mancung.

Kalau yang tan skin, kuning langsat, pendek ini semua tak cantik, betul tak?

Sumber: TikTok @tatatintun