
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menitipkan ucapan yang cukup menyentuh perasaan sempena sambutan hari kelahiran anak tirinya, Dzahira Talita Zahra.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Berterima Kasih Kepada Shuib – ‘Anak Itu Adalah Ganjarannya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Walaupun Cuma Mak Tiri, Tetap Saya Yang Lebih Tahu Tentang Anak-Anak’ – Watie Hanifiah
Ucapan Watie
Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Watie meluahkan rasa syukur dan berkongsi tentang ikatan istimewa yang terjalin antara mereka berdua.
Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiranmu. Doa mummy (nama panggilan Watie) akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak.
Ingatlah walaupun bukan mummy yang melahirkan awak tapi Allah itu Maha Hebat.
Melahirkan atau tidak tapi naluri dan instinct seorang ibu itu sentiasa ada buat anaknya.
Dalam perkongsian itu, Watie turut mendedahkan bahawa sejak berkahwin dengan Shuib, Thalita merupakan individu yang paling dekat dengannya.
Mummy sentiasa merasakan selepas berkahwin, awaklah satu-satunya kawan baik mummy.
Terima kasih selalu buat mummy jadi teman borak. Teman bergosip dan teman luahan perasaan.
Dalam pada itu, Watie memuji sikap Thalita yang disifatkan sebagai anak yang sangat baik dan mendengar kata.
Katanya, Thalita sentiasa menerima nasihat dengan hati yang terbuka.
Mummy nak awak tahu, awak sentiasa ada tempat yang istimewa dalam hati mummy walaupun dengan kehadiran Akira (anak Watie).
Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Sebelum ini, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Thalita, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Sumber: Instagram




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
