Sebelum ini, isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah memuat naik beberapa posting berhubung kiriman mesej yang dipercayai dihantar oleh wanita bernama Fara yang pernah menjadi punca perbalahan pasangan itu.
Artikel berkaitan: Isteri Shuk Dakwa Rumahtangga Masih Diganggu Fara, Siap Ugut Nak Terjun Bangunan!
Terbaru, Rossa mendakwa suaminya turut bersubahat dengan wanita tersebut. Lebih menyedihkan, Rossa turut menemui empat benda ‘syirik’ di hadapan rumahnya.
Kenapa Shuk tak tinggal?
Kenapa Shuk tak tinggal? Nanti akan dijawab. Kalau ada yang pos la benda tu. Sebab benda tu dah lama sudah. Aku pun tak tahu apa-apa. Aku tahu pun masa kena ugut hari tu. Apa-apa pun rezeki semua Allah yang bagi. Bukan manusia. Faham ya semua. Yang merakam pun sama jugalah. Bersubahat. Video bikin ugut geli-geli.
Menurut Rossa, netizen akan tahu mengenai jawapan sebenar kenapa mereka berdua masih berjumpa. Tambahnya, dia mengetahui hal tersebut selepas menerima ugutan tempoh hari. Sebagai isteri, Rossa turut meluahkan rasa sedih apabila suami tercinta dipercayai bersubahat dengan wanita tersebut. Malah, rakaman video yang dirakam oleh Shuk itu turut didakwa sebagai ugutan ‘geli-geli’ terhadap wanita berkenaan.
Kalau terpadam story atau feed saya, korang semua faham-faham ja. Bukan aku yang padam. Sekian.
Ini tuju sama siapa ya?
Alang-alang banyak view. Ni aku tak tahu tuju pada siapa. Tapi siapa yang sanggup buat macam ni semoga cepat bertaubat juga. Syirik. Saya tak tuju kepada sesiapa pun.
Di samping itu, Rossa turut terkejut apabila menemui empat benda ‘syirik’ di hadapan rumahnya. Jelas Rossa, dia tidak mahu menuduh dan tidak tahu siapa yang menghantar benda tersebut. Sebagai seorang yang beragama Islam, Rossa berharap individu yang melakukan perbuatan berkenaan segera bertaubat dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi.
Sumber: Rossa