Topik mengenai ‘umur’ agak sensitif bagi segelintir individu terutama golongan wanita. Di TikTok, pelakon kelahiran Singapura iaitu Atikah Suhaime memuat naik satu video berhubung topik tersebut.
30 masih muda okay!
@atikahsuhaimeeee Shoutout to 30yr old ladies out there. ?? 30 masih muda okayyyy bukan tua. ? #fyp #tiktokmalaysia #singaporetiktok #singaporetrending
Menerusi rakaman tersebut, memaparkan Atikah Suhaime sedang meluahkan perasaan pelik dengan sikap sesetengah orang apabila bertemunya pasti akan mengatakan dia masih nampak muda.
Shoutout untuk wanita yang sudah berusia 30 tahun di luar sana. 30 masih muda okay bukan tua.
Meskipun baru berusia 31 tahun, Atikah turut menyifatkan adakah dirinya perlu kelihatan seperti ‘makcik-makcik’ kerana umurnya sedemikian.
Lepas tu i macam pelik i umur 31 tahu bukan 50. Apa, kalau umur 31 tu you kena nampak macam makcik-makcik ke macam mana? Mestilah saya nampak muda sebab 31 is muda, 31 is young bukan tua.
Pernah ditegur sudah tua
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui umur Atikah Suhaime. Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama mengenai isu usia mereka yang 30-an tetapi ditegur seolah-olah sudah tua.
Sumber: Atikah Suhaime