Penyanyi Datuk Aishah memberi amaran kepada pengacara Azwan Ali untuk memadam hantaran yang dimuat naik di platform X yang mengutuk dan menghina dirinya serta keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Boleh Kata Apa Sahaja, Tapi Tidak Boleh Tarik Gelaran Legend’ – Vince Chong Minta Aishah Abaikan Komen Negatif
Artikel Berkaitan: Hetty Koes Endang Minta Elly Mazlein Suaikan Diri Dengan Rakan Hos – ‘Bila Masuk Rumah Orang, Ikut Cara Mereka’
‘Bawa ke mahkamah’
Menurut Aishah, dia tidak teragak-agak untuk membawa isu tersebut ke mahkamah memandangkan ini bukan pertama kali Azwan berbuat demikian.
Allah ampunkan dosa-dosaku, hamba-Mu yang lemah. Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi masih tak habis-habis dengan kata nista.
Kali ini saya akan ambil tindakan serius kerana dia mencuit keturunan dan keluarga saya.
Tolong buang Azwan Ali. Jangan sampai saya bawa awak ke mahkamah. Kalau awak rasa awak boleh lepas di mahkamah dunia, saya cakap awak insya-Allah pembalasan akan sampai.
Aishah meluahkan rasa geramnya itu menerusi hantaran terkini di Instagaram miliknya pada Isnin.
Dalam hantaran sama, Aishah turut memuat naik tangkapan skrin layar perkongsian yang dimuat naik Azwan.
Sementara itu, pelantun lagu Janji Manismu itu berkata dia tidak akan memaafkan tindakan Azwan dan memohon doa dari Allah untuk memberi balasan kepada pengacara itu.
Kali ini awak sudah melampau! Saya angkat tangan tinggi mohon Allah beri pembalasan yang setimpal kepada awal.
Saya tidak akan ampunkan awak menghina keturunan saya. Balalah kepada kau Azwan Ali.
Sumber: Instagram