berita

‘Orang Boleh Kata Apa Sahaja, Tapi Tidak Boleh Tarik Gelaran Legend’ – Vince Chong Minta Aishah Abaikan Komen Negatif

October 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aishah Vince Chong

Persembahan penyanyi Datuk Aishah ketika menyampaikan lagu Terlanjur Cinta pada konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza, malam tadi telah menerima kecaman segelintir netizen apabila dikatakan kurang menyengat.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Kak Lina Pom Pom & Suami Diramal Jadi Peserta Keenam – ‘Patutlah Tarik Diri Dari GV’

Artikel Berkaitan: ‘Sememangnya Saya Bukan Ahli Agama, Tapi Itu Yang Saya Faham’ – Aishah Jawab Isu Kecaman Dapat Kurangkan Dosa

Gelaran legend

Aishah Vince Chong

Susulan itu, rakan duet Aishah iaitu Vince Chong menerusi satu hantaran di Facebook meminta penyanyi berusia 58 tahun itu untuk tidak mengambil pusing dengan komen negatif netizen.

Menurut Vince, meskipun ada segelintir pihak yang tidak meminati Aishah, namun hal itu tidak dapat menafikan pelantun lagu Janji Manismu itu seorang penyanyi bertaraf legend.

Orang ramai boleh berkata apa sahaja yang mereka mahukan, tetapi mereka tidak boleh menarik gelaran ‘legend’ daripada seorang yang betul-betul legend.

Sekarang kak Aishah boleh menikmati cuti yang panjang dan meluangkan masa dengan orang yang disayangi.

Abaikan komen negatif dan detox di media sosial. Ingat orang yang bising dekat media sosial itu tidak tahu betapa baiknya kak Aishah.

Dalam perkongsian yang sama, Vince turut mengucapkan terima kasih kepada Aishah kerana sudi mengundangnya sebagai rakan duet selain sudah memberikan layanan yang baik kepadanya.

Akak dah layan saya baik sangat macam anak sendiri dan saya rasa bertuah dapat berada satu pentas dengan akak. semoga kita berjumpa lagi.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×