berita

Kalut Bila Jemaah Haji Terbuang Passport Dalam Tong Sampah! Nasib Baik Kakitangan Hotel Cari Sampai Jumpa!

July 11th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Musim haji kini sudah tiba, dan beberapa kumpulan jemaah sudah mula berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Namun, dugaan datang tanpa diduga, apabila sebuah video mengenai sekumpulan kakitangan Hotel Movenpick dan Pusat Konvesyen yang dimiliki Tabung Haji tular di media sosial.

Menerusi Instagram Penang Kini, kakitangan hotel dan Pusat Konvesyen tersebut kelihatan sedang bertungkus lumus mencari pasport salah seorang jemaah haji di dalam longgokan sampah. Pencarian tersebut akhirnya mengundang kejayaan apabila salah seorang daripada mereka menjumpainya.

Allah nak duga hambanya

https://www.instagram.com/p/Bzuf0HFgGKi/

Menerusi video yang berdurasi 0:17 saat, lima orang kakitangan hotel tersebut sedang berusaha untuk mencari pasport yang hilang sehingga jumpa. Hampir kesemua longgokan sampah di proses oleh mereka sehingga salah seorang daripada mereka berjaya menemuinya.

Manakala menerusi laporan Sinar Harian, pihak Tabung Haji memaklumkan bahawa tiada sebarang penangguhan penerbangan melibatkan kumpulan jemaah tersebut selepas pasport yang hilang itu ditemui semula.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen memuji kesabaran kakitangan hotel berkenaan yang bertungkus lumus mencari pasport tersebut. Netizen turut memberi komen bahawa usaha mereka bakal memperoleh ganjaran yang hebat dari Allah kerana mempermudahkan urusan jemaah haji.

Sumber: Penang Kini & Sinar Harian

SKIP THIS AD ×