Selepas perceraian, pelakon Kamal Adli dilihat tidak lagi aktif di laman Threads dan rata-rata warganet meluahkan rasa rindu terhadapnya.

Artikel Berkaitan: ‘Hancur’ – Perkongsian Kamal Adli Sorot Perhatian, Ruang Komen Dihujani Kata-Kata Semangat 

Artikel Berkaitan: ‘Demi Allah Saya Tak Nak Lepaskan Uqasha’ – Kamal Adli Harap Ada Peluang Kembali Rujuk

Rindu Kamal

Seorang warganet meluahkan rasa hiba apabila melihat perkongsian aktor Syafiq Kyle menerusi sebuah video yang memaparkan Kamal sedang berbual di telefon bimbitnya.

Melihat keadaan Kamal yang berseorangan dengan riak wajah serius menyebabkan warganet tersebut berasa sedih.

Tengok dekat Instagram Syafiq Kyle, walaupun tak tahu sebenarnya ketua (panggilan Kamal di Threads), tengah sedih atau atau tengah borak pasal kerja.

Tapi disebabkan Kamal dah lama hilang dalam Threads, jadi terasa sedihnya tengok status itu. 

Bagaimanapun, individu tersebut tetap berharap dan mendoakan agar pemilik nama Ahmad Kamal Adli, 39, itu dipermudahkan urusannya dan kembali menemui kegembiraan.

Saya berharap ketua terus dipermudahkan, sabar, redha dan ikhlaskan segala apa yang berlaku.

Saya doakan semoga ketua berjaya mencipta kebahagiaan dengan Hawra dan memperoleh kejayaan dan kekayaan dunia akhirat.

InsyaAllah, setiap kesakitan Allah dah janjikan hadiah yang terbaik selepas berjaya melaluinya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 selepas lima bulan bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Sumber: Threads