Pelakon Kamal Adli berkongsi pengalaman apabila terlepas waktu sahur pada hari pertama Ramadan.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sanggup Bayar’ – Kamal Adli Mengidam Ayam Goreng, Netizen ‘Beratur’ Nak Hantar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’

Kamal tak sempat sahur

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Kamal berkata dia gagal bangun tepat pada waktunya meskipun sudah menetapkan penggera.

Kamal Adli secara berseloroh mempersoalkan sama ada penggera telefonnya yang bermasalah atau sebenarnya dia sendiri yang terlalu lena sehingga langsung tidak menyedari bunyi tersebut.

Maaf cakap.. Alarm tak bunyi atau alarm bunyi tapi alarm saya yang pergi sahur sendiri ke? Yang penting saya tak sahur hari ini.

Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ini turut mengakui bahawa agak sukar untuk bangun sahur sendiri tanpa bantuan sesiapa untuk mengejutkannya seperti sebelum ini.

Maaf tak berjaya kejut sahur. Parah rupanya seorang sebelum ni selalu dikejut. 

Selamat berpuasa semua. Saya puasa juga sama-sama okay. Hari pertama menahan geram.

Bagaimanapun, bekas suami kepada pelakon Uqasha Senrose ini berkata dia tetap bersemangat untuk meneruskan ibadah puasa sehingga waktu berbuka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Kamal.

Tidak kurang juga ada para wanita sempat berseloroh menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab mengejutkan Kamal bersahur.

Untuk info, ini merupakan Ramadan pertama Kamal sebagai duda selepas bercerai dengan Uqasha pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber: Threads Kamal Adli